Jumat, 17 April 2020

Jangan Pergi Laut

Nama saya Mohd Sani. Semua watak dalam emel saya ini menggunakan nama sebenar dan sudah dapat kebenaran untuk menggunakan nama sebenar. Kisah ini terjadi pada teman saya tiga tahun lepas waktu pergi memancing. Pada waktu itu saya ada bersama teman saya yang bernama Wahid dan satu lagi teman pancing bernama Nasir. Hari itu hari Sabtu (kami bertiga bekerja di pejabat yang sama di kawasan West Coast).

Biasanya hari Sabtu kami bekerja hingga 1 tengahari. Sebelum ke tempat pancing kami beli keperluan pancing seperti biasa dan terus naik teksi ke tempat pancing tersebut yang terletak antara HarbourFront dan apartmen mewah Carribean By The Sea (satu kawasan kecil berhadapan Sentosa dan berdekatan dengan Singapore Cruise Centre).



Tempat ini diberitahu oleh kaki2 pancing sebagai tempat di mana ikan besar bermain sebab kapal2 besar akan berlabuh di Cruise Centre dan ikan2 ini akan ikut kapal2 tersebut (memang sukar untuk mendapat ikan di kawasan ini tapi jika dapat, tidak bisa di bawa naik (ikan2 semua besar2 belaka, pernah sekali joran saya patah).

Pada hari itu turunnya hujan gerimis tetapi panas kerana matahari tak terlindung di balik awan. Saya dan Nasir menggunakan payung, tetapi Wahid tidak ada payung maka dia menggunakan plastik hitam yang dibawa dari tempat kerja untuk menghindar dari air hujan panas.

Di tempat pancing ini hanya lebih kurang 50m dan di sekeliling kawasan ini di pagar dan pagar2 ini ada tumbuhan 'creepers' dan saya perhatikan ada banyak patung2 Thailand dan India yang diletak pada setiap pokok2 yang ada di sana.

Wahid pada waktu itu pergi ke suatu sudut di pagar tersebut untuk berlindung dari hujan dan dia perasan seakan ada sesuatu memerhatikan beliau di celah2 tumbuhan itu, sejurus selepas itu dia terasa seperti digigit seekor semut (semut2 ini biasanya ada bila kita menggunakan udang sebagai umpan) tetapi anehnya tidak ada seekor semut pun di situ.

Saya pada waktu itu terlihat satu adegan yang melucukan dan terus tergerak mahu mengambil foto kawan saya yang berselubung dengan plastik hitam (yang kelihatan hanya muka beliau sahaja), tetapi yang pelik sekali bila saya mahu petik gambar dari telefon bimbit saya, gambar yang saya mahu petik di telefon bimbit saya terbalik seakan2 fungsi kameranya rosak. Saya matikannya dan hidupkan semula tetapi kesudahannya sama sahaja - gambar teman saya tetap terbalik (kepala di bawah dan kaki di atas) saya terbalikkan telefon bimbit saya tapi gambarnya tetap terbalik.

Saya beritahu teman saya yang gambar yang saya mahu petik terbalik, dia ingat saya bercanda dan beritahu saya satu perkataan yang pada pendapat saya sebagai "celupar" iaitu, "Ada perewangan kot?" Malangnya pada waktu itu hanya saya yang bawa telefon yang berfungsi penuh (yang lain semua mengalami bateri yang hampir habis penggunaannya dan perlu di-cas) jadi tidak ada bukti yang mengesahkan kejadian aneh ini. Telefon bimbit ini juga saya gunakan untuk petik gambar lain di kawasan itu dan ternyata tidak rosak, gambar yang saya petik ok2 belaka (tidak terbalik).

Kisah saya terputus di sini sahaja dan ini kisah teman saya pula.

Pada malam itu teman saya demam, hari Isnin beliau jumpa doktor, kini suhu badan beliau sudah mencecah 40 darjah celcius, dapat 2 hari m/c, pada waktu itulah teman saya perasan yang kaki kirinya bertukar warna menjadi merah dan berkilat, selepas 2 hari beliau ke doktor lagi dan doktor menyuruhnya ke hospital kerana mereka syak bahawa teman saya menghidap penyakit kencing manis.

Setelah tiga tahun teman saya menderita kaki bengkak (kini ia sudah berwarna hitam di bahagian betis) sebanyak 8 kali (4 kaki kiri dan 4 kaki kanan), bila kaki beliau nak bengkak pasti demam dulu. Kini beliau sudah berubat 3 kali, setiap kali pergi berubat perkataan sama yang dilafazkan oleh pakar iaitu "Jangan Pergi Laut". Kali terakhir teman saya berubat atas rekomendasi teman setugas, pakar itu menggunakan seperti pensel pendek tapi berbau kayu manis yang diletak di celah jari2 kaki, pada celah jari kaki yang lain tidak rasa apa2 tetapi pada jari kaki terakhir, teman saya rasa bisa yang teramat sakit seperti mahu berlinangkan airmata.

Pakar itu berkata ada jembalang laut yang melekat di kaki teman saya dan jembalang ini sangat degil tidak mahu melepaskan mangsanya (saya tidak tahu apa yang teman saya lakukan hingga jembalang laut ini tidak mahu mengalah) - mungkin teman saya terpijak dan terlanggar (akibatnya teman saya merasa seolah digigit semut) atau mulut teman saya celupar (bak kata orang Melayu "kerana mulut badan binasa).

Menurut pakar ini, jembalang laut adalah makhluk halus yang paling merbahaya dan "worst case scenario" pesakit akan maut. Menurut pakar ini lagi, dia menyuruh teman saya supaya jangan pergi laut lagi, tetapi pendapat saya teman saya sudah tidak pergi laut lagi, tapi masalahnya sekarang ialah kawasan tempat kerja kami ialah kawasan tambak, mungkin dia masih diganggu kerana kawasan ini masih kawasan laut pada makhluk halus tersebut.

Oleh kerana sakit mata memandang atau tempat ini kawasan larangan, pihak Singapore Cruise Centre atau Carribean By The Sea telah menutup kawasan ini untuk bila-bila. Kawasan ini sudah dipagar dengan papan tanda "Trespassers Will Be Prosecuted".

atau sesiapa sahaja yang membaca kisah saya ini, tolong ikhtiarkan siapa2 yang boleh bantu atau beri pendapat kerana kami sudah kehilangan satu kaki pancing and kejadian ini telah menjejas kerja teman saya (kalau di serang bengkak, tentu m/c seminggu atau lebih) Sejauh ini pihak hospital dan pakar masih belum bisa menyelesaikan masalah ini.

Itu sahaja  terima kasih.